Ahmad Yakob Setuju PM Bentuk Kabinet Tanpa Melibatkan yang Terpalit Rasuah
Ahmad Yakob Setuju PM Bentuk Kabinet Tanpa Melibatkan yang Terpalit Rasuah
Kuala Lumpur, MTN – Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berharap pembentukan kabinet oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak melibatkan mereka yang terpalit dengan isu atau kes rasuah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harapan terhadap susunan kabinet.
“Itu memang kita setuju supaya tidak libatkan mereka yang (terpalit) rasuah.
“Kita mesti ada integriti,” katanya kepada media ketika ditemui di Yayasan Islam Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Muhyiddin berjaya menjadi perdana menteri minggu lalu setelah mendapat sokongan daripada wakil rakyat Bersatu Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sebelum ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak dapat dapat bekerjasama dengan pemimpin Umno yang sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah sedangkan Muhyiddin bersedia menerima sokongan Umno secara en bloc.
Pemimpin-pemipin Umno itu termasuklah Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Bung Moktar Radin, Abdul Azeez Abdul Rahim, Mohd Isa Abdul Samad dan beberapa yang lain didakwa dengan tuduhan rasuah. Begitu juga dengan Isteri Najib, Rosmah Mansor.
Kes-kes tersebut berjalan ketika Mahathir menjadi perdana menteri selepas beliau mengetuai PH untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) 2018.
Dalam pada itu, Ahmad Yakob menjelaskan isu kerjasama untuk membawa wakil rakyat Umno memegang jawatan dalam kerajaan negeri akan dibincangkan.
Bagaimanapun buat masa ini katanya, perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.
“Buat masa ini masih terlalu awal lagi, bagaimanapun yang mahal adalah perpaduan dan ukhwah (dengan Umno). Itu mahal.
“Maka perkara ini insya-Allah kita akan bincang, tapi terlalu awal untuk kita perkatakan, kepimpinanan peringkat pusat Perikatan Nasional pun belum menurunkan sebarang keputusan kepada kita,” katanya.
Pemimpin PAS itu berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud perancangan untuk mewujudkan kerajaan campuran selepas PAS dan Umno kini berada dalam satu gabungan yang turut membentuk kerajaan persekutuan.
Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, berkata Umno negeri tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan pimpinan PAS Kelantan.
Malah beliau turut mengingatkan ahli Umno agar tidak membincangkan perkara berkaitan jawatan di peringkat akar umbi.[MK]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri