AFC Berikan Tempoh Keputusan Sehingga 15 Feb

AFC Berikan Tempoh Keputusan Sehingga 15 Feb
MTN – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan sehingga 15 Feb ini untuk semua pasukan memuktamadkan pendirian berhubung jadual baki perlawanan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Tarikh akhir itu juga ditetapkan AFC kepada semua 40 pasukan bertanding melibatkan lapan kumpulan dalam menentukan sama ada ingin meneruskan saingan pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Mac ini atau menunda ke Jun.
Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata tempoh masa itu diberi memandangkan proses membuat keputusan di setiap negara berlainan dan dipengaruhi pelbagai faktor berbeza.
“Hanya selepas mereka tidak dapat membuat keputusan selepas 15 Feb baru kami (AFC) masuk campur, sebelum itu kami beri peluang dan tarikh tutup supaya mereka boleh buat perbincangan dalaman melalui proses tertentu.
“Jun tarikh (akhir) muktamad dan ditetapkan FIFA untuk habiskan pusingan kedua dan tarikh pada September digunakan untuk pusingan ketiga. Kami perlu habiskannya pada April 2022,” katanya.
Windsor berkata setakat ini tiada keputusan mengenai venue perlawanan sekiranya saingan ditunda ke Jun, namun AFC bersedia membantu setiap kumpulan dalam memilih negara sebagai tuan rumah bagi perlawanan yang bakal dijalankan secara karnival itu.
“Tetapi buat masa ni bukan masa untuk memilih venue untuk perlawanan berpusat, buat masa ini adalah putuskan boleh main atau tidak. Kalau masing-masing tumpu kepada nak jadi tuan rumah, langkah pertama itu susah hendak dicapai,” jelas beliau.
Bernama sebelum ini melaporkan Malaysia, Thailand dan Indonesia menyatakan persetujuan supaya saingan itu ditangguh untuk dijalankan secara karnival di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G merupakan satu-satunya pasukan yang belum memberikan kata putus.
“Situasi selepas 15 Feb kami (AFC) akan bertanya kepada pasukan yang tidak memberikan keputusan adakah masih ingin bermain seperti dijadualkan. Jika ya, kami akan minta maklumat berhubung lokasi perlawanan dan sebagainya.
“Dan kami juga akan berhubung dengan pasukan lawan sama ada mereka boleh bermain atau tidak,” kata Windsor.
Mengikut jadual asal, Malaysia akan menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac, namun timbul cadangan perubahan jadual kelayakan itu dengan beberapa pasukan bersetuju jika ia dijalankan secara karnival pada Jun.
[MK]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor