Aksi Melaka United dan KL City Terkendala Akibat Gangguan Elektrik
Aksi Melaka United dan KL City Terkendala Akibat Gangguan Elektrik
MELAKA, MTN – Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
Sepak mula aksi yang sepatutnya bermula 9 malam ini, tidak dapat dimulakan seperti dijadualkan selepas seluruh stadium bergelap sejak 7.30 malam pada Jumaat (26/11).
Menurut catatan di Facebook rasmi Liga Bola Sepak Malaysia, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melakukan kerja-kerja membaik-pulih bekalan elektrik.
Setakat 9.30 malam, hanya dua lampu limpah berfungsi, dan perlawanan masih belum dapat dimulakan.
Dianggarkan kira-kira 15,000 penonton hadir bagi menyaksikan perlawanan itu, dengan Melaka melangkah ke peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak 1983.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin lepas.
[BERNAMA]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor