Annuar: Bersatu 'Boleh Bertanding Di Mana-mana Kerusi' Mereka Mahu | Malaysia News

Annuar: Bersatu ‘Boleh Bertanding di Mana-mana Kerusi’ Mereka Mahu

Annuar: Bersatu ‘Boleh Bertanding di Mana-mana Kerusi’ Mereka Mahu

Annuar: Bersatu ‘Boleh Bertanding di Mana-mana Kerusi’ Mereka Mahu

Kuala Lumpur, MTN – Umno membayangkan kesanggupan parti itu memberikan laluan kepada Bersatu untuk bertanding di mana-mana kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Sabah dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pada masa sama pemimpinnya berkata, BN juga berhak berbuat seperti apa yang dikehendaki Bersatu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa, semasa menyatakan hal itu di media sosial berkata, Bersatu boleh mencuba untuk bertanding di kerusi yang mereka ingini dalam PRN akan datang.

“Bersatu boleh bertanding seberapa banyak kerusi yang mereka mahu. Itu hak mereka. Cubalah…,” ciapnya di Twitter malam tadi dengan melampirkan berita disiarkan Malaysiakini.

Pun begitu bekas setiausaha agung Umno itu menegaskan, untuk membolehkan Warisan – yang mentadbir Sabah sejak 2018 lalu – dicabar secara satu lawan satu, sesuatu perlu dilakukan.

Justeru Annuar menekankan, parti yang lebih kuat perlu diberi laluan untuk bertanding.

“Namun kalau mau straight fight (satu lawan satu) melawan Warisan, tentu kena berunding dan pastikan parti yang lebih kuat kita beri laluan untuk bertanding,” katanya lagi.

Hajat Musa tak kesampaian

Meskipun tidak menyatakan secara jelas parti mana yang dimaksudkanya, Annuar diyakini merujuk kepada Umno semasa menyatakan “parti yang lebih kuat” itu.

Untuk rekod Umno sudah bertapak di Sabah sejak beberapa dekad lampau berbanding Bersatu yang muncul selepas presidennya, Muhyiddin Yassin, dipecat daripada parti itu pada 24 Jun 2016.

Punca pemecatan itu ialah kelantangan Muhyiddin membangkitkan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan presiden Umno ketika itu, Najib Razak.

Najib baru-baru ini sudah disabitkan bersalah atas semua tujuh tuduhan berkaitan dana anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dia dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Warisan pula dipimpin bekas naib presiden Umno, Mohd Shafie Apdal. Dia digantung keahliannya oleh Umno atas alasan sama dengan Muhyiddin, iaitu mempersoalkan skandal 1MDB.

Muhyiddin dan Mohd Shafie kemudian bersama-sama menentang Umno dalam pilihan raya umum (PRU) lalu. Bagaimanapun pada 29 Julai lalu bekas pengerusi Umno Sabah, Musa Aman, melakukan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Warisan.

Bagaimanapun langkah itu tidak kesampaian apabila Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, kemudian membubarkan DUN negeri itu atas nasihat Mohd Shafie.

Ia kemudian menghangatkan lagi polemik mengenai pembahagian kerusi di antara Umno/BN dan Bersatu yang sebenarnya sudah bermula sejak beberapa bulan kebelakangan ini.[mk]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply