Annuar Musa: Presiden Umno Adalah Pengerusi BN
Annuar Musa: Presiden Umno Adalah Pengerusi BN
Kuala Lumpur, MTN – Parti-parti komponen BN telah sebulat suara menetapkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN, menurut setiausaha agung gabungan itu Annuar Musa.
Annuar berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bulan lalu.
“BN dalam mesyuarat Dewan Tertingginya bulan lalu telah menetapkan sebulat suara bahawa secara konvensyen dan konsensus, presiden Umno adalah pengerusi BN,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno di Twitter, hari ini.
Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos menyokong ahli bekas presiden Umno Najib Razak untuk diberikan jawatan sebagai pengerusi BN, bagi menguatkan gabungan itu untuk menghadapi PRU ke-15.
Menurut Sinar Harian, Jamal berkata jawatan itu perlu diberikan kepada Najib kerana peranannya kini sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN dilihat agak minimum.
Bagaimanapun bekas Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merasakan hal ehwal dalaman parti perlu diserahkan kepada mereka yang berjawatan, berdasarkan hierarki.
“Najib boleh bertanding apabila sampai masanya nanti.
“Apabila tiba pemilihan (parti) akan datang, setelah beliau selesai menjalani proses perbicaraannya di mahkamah, memang dia layak untuk bertanding (dalam pemilihan Umno) akan datang. Bukan sahaja layak tetapi dia berhak untuk bertanding,” katanya seperti dipetik.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri