Tun Mahathir: Apa Jadi Ikrar Lawan Kleptokrat? | Malaysia News
December 14, 2024

Tun Mahathir: Apa Jadi Ikrar Lawan Kleptokrat?

Tun Mahathir: Apa Jadi Ikrar Lawan Kleptokrat?

Tun Mahathir: Apa Jadi Ikrar Lawan Kleptokrat?

Kuala Lumpur, MTN – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyindir beberapa pemimpin dan ahli Bersatu kerana menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan bersekongkol bersama pemimpin yang pernah digelar sebagai ‘kleptokrat’ dan pencuri.

Pengerusi Bersatu yang dipertikai jawatannya itu turut mengimbas semula bagaimana presiden parti Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri bergabung dengan blok pembangkang sebelum ini untuk membentuk kerajaan baru, Perikatan Nasional (PN).

“Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit kerajaan.

“Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit kerajaan.

“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Anggota Parlimen Langkawi berkata, tindakan pemimpin Bersatu yang menyertai gabungan pembangkang sebelum ini dengan menjatuhkan PH bukan sahaja menghancurkan parti, tetapi membuatkan orang ramai tidak lagi percaya kepada parti tersebut.

“Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin?

“Okaylah – asal dapat nikmat.

“Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?

“Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja,” katanya.

Kleptokrat adalah gelaran yang diberikan pemimpin PH sebelum ini terhadap pentadbiran Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.

Najib kini menghadapi perbicaraan di mahkamah berkaitan tuduhan pengubahan wang haram membabitkan berbilion dana syarikat milik negara itu.

Untuk rekod, Bersatu kini dilihat berpecah antara kumpulan menyokong Muhyiddin dan Mahathir susulan krisis politik yang berlaku pada penghujung Februari lalu, yang mengakibatkan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan digantikan dengan Muhyiddin.

Muhyiddin kemudian membentuk kerajaan PN bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah bagi membentuk kerajaan baru menggantikan PH.[mk]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply