Anwar Ibrahim: PH Terbuka Terima Bersatu Semula
Anwar Ibrahim: PH Terbuka Terima Bersatu Semula
Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka jika Bersatu berhasrat untuk menyertai gabungan itu semula.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan Bersatu perlu patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori PH.
“Itu keputusan yang harus dibuat Bersatu. Ada dua Bersatu sekarang, keputusan harus dibuat sebagai satu parti dan PH mengambil sikap terbuka.
“Tapi harus patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori dalam PH, termasuk sistem menolak sistem korup dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu,” katanya dalam siaran langsung di Facebooknya hari ini.
Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Mukhriz kelmarin yang menggesa Bersatu untuk bersama Pakatan Harapan sekali lagi.
Mukhriz dalam kenyataannya sebelum ini berkata peluang terbaik Bersatu adalah bersama PH kerana parti itu perlu bersaing merebut sokongan pengundi Melayu, sama seperti Umno dan PAS pada pilihan raya umum akan datang.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri