Anwar Nafi Dakwaan Dilantik Ketua Pembangkang Untuk Sabotaj Dr M | Malaysia News
December 14, 2024

Anwar Nafi Dakwaan Dilantik Ketua Pembangkang untuk Sabotaj Dr M

Anwar Nafi Dakwaan Dilantik Ketua Pembangkang untuk Sabotaj Dr M

Anwar Nafi Dakwaan Dilantik Ketua Pembangkang untuk Sabotaj Dr M

Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan lantikan beliau sebagai ketua pembangkang baru di Parlimen adalah bagi menggagalkan sebarang usaha untuk Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang.

Anwar merujuk laporan The Star yang mendakwa beliau cepat-cepat mahu dijadikan sebagai ketua pembangkang, selepas mendapat tahu ada usul menyokong Mahathir di Dewan Rakyat.

Menurut laporan tersebut, Anwar berbuat demikian sebagai isyarat Mahathir dialu-alukan dalam PH tetapi bukan sebagai pemimpin gabungan itu.

Anggota parlimen Port Dickson itu bertegas bahawa laporan itu tidak betul dan sengaja mahu melaga-lagakannya dengan bekas perdana menteri tersebut.

“Seolah-olah saya diangkat sebagai ketua pembangkang untuk sabotaj usaha-usaha yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata walaupun beliau hanya mengumumkan pencalonannya sebagai ketua pembangkang pada 5 Mei, ia telah dibuat pada 30 April di saat PH masih tidak maklum berkenaan usul Shafie.

Katanya lagi, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail telah maklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof pada 30 April lalu, berkenaan perkara itu.

Anwar berkata keputusan itu dibuat Majlis Presiden PH dan telah dimaklumkan kepada semua parti pembangkang, termasuk Warisan.

“Pada 30 April Saifuddin menulis kepada speaker untuk kedudukan menentukan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Usul Dr Mahathir dan (Presiden Warisan) Shafe Apdal pula hanya disampaikan pada 4 Mei dan kita dimaklumkan pada 3 Mei,” katanya lagi.

Langkah Shafie itu, yang merupakan anggota Parlimen Semporna, dilihat sebagai cara untuk menunjukkan Mahathir memiliki sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, ia ditolak oleh Mohamad Ariff atas dasar ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan perdana menteri.

Ekoran penolakan itu, Mahathir dilaporkan menghantar satu usul dan kali ini khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.

Usul itu diterima speaker tetapi ia kemungkinan tidak akan dibawa pada sidang pada 18 Mei ini, kerana urusan-urusan kerajaan biasanya akan diutamakan berbanding usul anggota Parlimen lain.[mk]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply