Anwar Pertahan Keputusan Keluar Kenyataan Bersama Dr Mahathir | Malaysia News

Anwar Pertahan Keputusan Keluar Kenyataan Bersama Dr Mahathir

Anwar Pertahan Keputusan Keluar Kenyataan Bersama Dr Mahathir

Anwar Pertahan Keputusan Keluar Kenyataan Bersama Dr Mahathir

Kuala Lumpur, MTN – Dalam menangani kritikan berhubung pernyataan bersama baru-baru ini dengan Dr Mahathir, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, ini tidak bermaksud bahawa PH masih terikat dengan perjanjian lama bersama bekas perdana menteri itu.

Katanya, meskipun beliau menghargai keprihatinan dan kritikan berhubung kemesraannya terhadap Mahathir tanpa mengira apa yang telah terjadi di antara mereka, Anwar berkata bahawa kenyataan itu dibuat berdasarkan alasan bahawa beliau sekarang adalah ketua pembangkang yang turut dianggotai oleh puak Bersatu yang ada bersama dengan Mahathir.

“Saya telah diminta dan ditegur, dan diserang bertubi-tubi lanjutan kenyataan bersama saya dengan Tun Dr Mahathir.

“Tapi kalau kita baca isi kenyataan itu, itu hanya mengajak masyarakat memahami pendirian pembangkang keseluruhannya.

“Dan saya tandatangani sebagai ketua pembangkang, tugas ketua pembangkang itu bukan sahaja pengerusi PH, tapi semua termasuk Bersatu bawah Mahathir dan Warisan di Sabah sebab itu saya buat kenyataan bersama.

“Walaupun ditegur keras tetapi saya terima baik,” kata Anwar.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena ulang tahun kedua kemenangan PH pada PRU14 pada 9 Mei 2018, Anwar dan Mahathir berbicara tentang bagaimana gabungan itu mengekalkan demokrasi ketika mereka berkuasa.

Mengulas lanjut, Anwar juga mempertahankan keputusannya untuk menerima Mahathir bersama perjuangan PH semasa beliau di penjara, dengan berkata bahawa adalah perlu untuk membentuk gabungan pembangkang yang kuat untuk berdepan gabungan BN ketika itu.

“Ini saya nak jelaskan bahawa kenyataan itu tak bermakna saya masih terikat dengan kerjasama yang lama kerana kami telah terkeluar dan Bersatu sendiri pun memilih untuk keluar.

“Kita juga belajar dari tindakan lalu kerana beberapa tindakan besar PH tidak dirundingkan dan saya tentulah diketepikan sama sekali.

“Tetapi ini bukan pertimnbangan. Pertimbangnya ialah kembali pada idealism perjuangan. Ujiannya ialah bila kita ada kuasa.

“Harap ini boleh meleraikan sedikit. Pada saya, ini tahap PH memimpin perubahan dalam pembangkang, bekerjasama dengan ahli-ahli lain tapi pimpinannya itu Pakatan Harapan,” katanya.

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply