APA PERMAINAN TUN M DI SEBALIK MENIADAKAN NAMA TPM DAN ANWAR DALAM MAJLIS TINDAKAN EKONOMI?
APA PERMAINAN TUN M DI SEBALIK MENIADAKAN NAMA TPM DAN ANWAR DALAM MAJLIS TINDAKAN EKONOMI?
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council) yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.
Matlamat utama Majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Majlis ini juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah.
Dua perkara menjadi persoalan di sebalik perlantikan dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri ini.
Pertama, mengapa nama Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri tidak dimasukkan?
Apakah kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan tidak dianggap penting oleh Tun Mahathir Mohamad?
Kalau Azmin Ali, Lim Guan Eng, Darell Leiking dan Baru Bian yang merupakan menteri-menteri kabinet boleh dilantik dalam majlis tersebut, mengapa tidak dengan Timbalan Perdana Menteri?
Apakah kedudukan menteri tersebut lebih penting berbanding Timbalan Perdana Menteri?
Kedua, mengapa juga nama Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri yang telah dipersetujui akan mengambil alih tampuk kerajaan hanya kira-kira setahun lebih daripada sekarang, turut diketepikan?
Bukankah sebagai pemimpin yang bakal mengambil alih teraju kerajaan selepas ini, Anwar sebaiknya dilibatkan sama dalam Majlis Tindakan Ekonomi?
Lebih daripada itu, janganlah dilupa bahawa Anwar pernah ada pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum ini?
Kalau Rafidah Aziz sebagai bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi itu, apa kurangnya dengan Anwar?
Apa “permainan” Tun Mahathir di sebalik menidakkan kedudukan Dr. Wan Azizah dan mencicirkan nama Anwar kali ini?
Betul-betul mahu menyelesaikan masalah ekonomi negara yang caca-marba atau lebih bertujuan politik?
By: Shahbudin Husin
Author Profile
Latest entries
- PolitikMarch 18, 2020Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
- OpinionMarch 17, 2020Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
- Top NewsMarch 17, 2020Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
- Kabar LainFebruary 26, 2020Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?