Singkir Pemimpin PH Tipu Kelayakan Akademik | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652

Singkir Pemimpin PH Tipu Kelayakan Akademik

KUALA LUMPUR – Malaysian Academic Movement (Move) menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Datuk Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar susulan isu kelayakan ijazahnya.

Move juga menuntut agar tindakan sama turut diambil terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berbohong tentang kelayakan akademik mereka.

Dalam satu kenyataan di sini, Move berkata, pihaknya boleh menerima bahawa pencapaian akademik bukan satu-satunya kaedah mengukur keupayaan ahli-ahli politik.

Namun yang dipersoalkan adalah integriti mereka.

“Persoalannya mengapa Marzuki membuat andaian yang dia adalah graduan Universiti Cambridge? Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini hanya menjelaskan dia adalah graduan ambridge International University (CIU) selepas diberi tekanan oleh pelbagai pihak.

“Tetapi, penjelasan Marzuki sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ijazah CIU didapati tidak diiktiraf kerana dikenali sebagai ‘kilang ijazah’.

“Ini bermakna dia tidak mendapat ‘kelayakan akademik’nya secara sah,” katanya.

Lantaran itu, kata Move gesaan menyingkirkan Marzuki adalah tindakan wajar bagi membuktikan komitmen PH yang berjanji untuk melindungi integriti dan ketelusan.

Move berkata, kontroversi berhubung kelayakan akademik telah menjejaskan kredibiliti PH sejak gabungan itu menjuarai isu integriti semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14.

Selain Marzuki, beberapa pemimpin PH turut terpalit dengan isu kelayakan akademik mereka.

Mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Ahli Dewan Undangan Tronoh, Paul Yong serta Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

– MalaysiaGazette

Facebook Comments