Apakah Dendam Kesumat Membuat Mahathir Tak Mahu Anwar Jadi PM?
Apakah Dendam Kesumat Membuat Mahathir Tak Mahu Anwar Jadi PM?
Kuala Lumpur, MTN – Persoalan besar yang sedang dan sentiasa bermain dalam fikiran penyokong PH, mahupun rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air tanpa mengira ideologi ialah “Benarkah Mahathir tidak mahu Anwar jadi perdana menteri?’ atau “Benarkah Mahathir menghalang Anwar jadi perdana menteri?”.
Apakah dendam kesumat Dr Mahathir Mohamad pada Anwar Ibrahim masih menebal?
Ketika Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri ke tujuh, timbalan perdana menteri ketika itu, Wan Azizah tidak langsung diangkat olehnya sebagai penggantinya. Jika Azmin Ali masih setia bersama Anwar dan PKR sekalipun, apakah beliau berpotensi menjadi perdana menteri sekiranya Mahathir masih berkuasa?
Maka apakah halangan sebenarnya untuk Mahathir menyerahkan tampuk kuasa pada Anwar ketika usaha untuk mengambil alih semula kerajaan pusat sedang berjalan?
Apakah sebenarnya bukan soal siapa perdana menteri tetapi persoalan pokok yang lebih besar ialah perdana menteri Malaysia itu datang dari parti mana?
Adakah Mahathir setuju sekiranya perdana menteri Malaysia datang dari sebuah parti yang berideologi berbilang kaum sebagai teras perjuangannya? Sedangkan diketahui umum Mahathir masih berpegang kepada ideologi berasaskan kaum dan beliau juga dikenali sebagai ultra Melayu. Jika tidak mana mungkin beliau hadir dan berucap dalam Kongres Maruah Melayu pada Oktober tahun lepas?
Apakah Mahathir reda sekiranya perdana menteri Malaysia datang dari sebuah parti yang ditubuhkan asalnya untuk menentang kezalimannya ke atas seteru politiknya 21 tahun yang lepas?
Persoalan straightforward: Adakah Mahathir mahu perdana menteri Malaysia datang dari PKR?
Apa yang akan berlaku sekiranya Anwar jadi PM?
Sekiranya Anwar menjadi perdana menteri Malaysia, ini bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan Anwar sebagai pemimpin politik tetapi juga akan menguatkan lagi parti PKR.
PKR boleh jadi parti dominan
PKR akan menjadi parti yang bukan sahaja dominan dalam gabungan PH malah akan lebih berpengaruh dalam negara.
Ini ialah kerana kekuatannya yang boleh menarik sokongan masyarakat berbilang kaum, anak muda dan mereka yang berfikiran moderate.
Apabila PKR (Anwar) lead kerajaan PH, ia akan mengubah lanskap politik negara pada skala yang besar. Bukan dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa panjang, sokongan rakyat kepada parti berasaskan kaum akan terhakis sedikit demi sedikit.
Adakah Mahathir bersedia (prepared) untuk melihat perubahan ini? Adakah beliau mahu perubahan besar ini berlaku dalam negara?
Bagaimana pula dengan golongan kapitalis yang mekar segar bugar ketika pemerintahan Mahathir sebagai perdana menteri keempat selama 22 tahun?
Apakah golongan kapitalis berasa bimbang sekiranya Anwar jadi perdana menteri, beliau akan hapuskan sistem kronisme dan memecahkan sistem monopoli?
Bagaimana pula dengan orang yang dipercayai oleh Mahathir dan dianggap sebagai penasihat Mahathir iaitu Daim Zainuddin? Apakah beliau akan rasa gembira sekiranya Anwar jadi perdana menteri?
_______________________________________________________________________
FAIZ ABDULLAH adalah wartawan yang berpengalaman menulis lebih 10 tahun untuk pelbagai agensi berita.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri