ASB Rendah: Saya Berpuas Hati – Zeti
ASB Rendah: Saya Berpuas Hati – Zeti
Kuala Lumpur – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5 sen ditambah bonus sebanyak 0.50 sen. Hal ini ialah kadar terendah dalam sejarah.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata tetap berpuas hati.
Sebab, kadar tersebut meskipun paling rendah dalam sejarah ASB namun masih kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen lain seperti deposit tetap malah lebih baik berbanding prestasi indeks penanda FBMKLCI.
“Saya berpuas hati kerana keadaan sangat mencabar,” kata beliau hari ini.
Jelas Zeti, PNB perlu mendidik pelabur supaya tidak membuat perbandingan kadar agihan pendapatan mengikut tahun secara khusus sebaliknya perlu melihat dari segi keseluruhan.
“Ada tahun yang baik dan ada tahun yang sangat mencabar tetapi jika kita membuat keseluruhan pelaburan dalam pasaran ekuiti domestik, kita mungkin akan mengalami kerugian dan langsung tidak mendapat pulangan.
“Jadi, apabila kita masih mampu menjana pulangan positif melebihi penanda aras lain, di sinilah kami merasa kepuasan tetapi kami mahu terus cemerlang dan melakukan diversifikasi pelaburan di peringkat antarabangsa,” katanya semasa sidang media selepas mengumumkan agihan pendapatan ASB 2019 di sini hari ini.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020