Awang Hadi: Syahid Bagi Orang Islam Mati Kerana Covid-19 | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652

Awang Hadi: Syahid Bagi Orang Islam Mati Kerana Covid-19

Kuala Lumpur, MTN – Kematian orang Islam disebabkan mudarat akibat penularan wabak maut selepas berusaha dan berikhtiar termasuk mendapatkan rawatan dikira syahid akhirat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang Islam yang mati disebabkan penularan Covid-19 juga salah satu daripada jenis kematian itu.

“Syahid akhirat ialah mereka yang mati dalam menjalankan tugas dengan tidak berperang, orang yang mati kerana wabak, penyakit taun sebagai contoh, wabak corona pada hari ini atau Covid-19 di mana mereka menghadapi wabak ini setelah berikhtiar, berubat, sabar menghadapi ujian selepas itu dia mati itu syahid akhirat.

“Ia termasuklah mereka yang mati ketika menjalankan tugas sebagai doktor, jururawat, sukarelawan untuk melindungi orang daripada penyakit ini, begitu juga orang yang mati akibat kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas mencari nafkah, mati kerana banjir, kebakaran termasuklah wanita mati ketika bersalin, itu semua syahid akhirat dan jenazah mereka perlu diurus sebagaimana biasa, dimandi, dikafan dan disembahyang,” kata pada sesi ceramah secara dalam talian di Facebooknya malam ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga perlu disempurnakan sama seperti jenazah lain.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan,, ulama turut mengariskan tiga kategori mereka yang mati syahid selain syahid akhirat iaitu syahid dunia akhirat dan syahid dunia.

“Syahid dunia akhirat ialah orang yang mati dalam peperangan, menentang musuh-musuh yang menceroboh agama Islam, tanah air Islam dan orang Islam.

“Dan ketiga ialah syahid dunia sahaja, ialah orang munafik yang pura-pura tunjuk Islam kononnya kerja untuk Islam tapi niatnya bukan kerana Islam, orang anggap dia mati syahid di dunia tapi di akhirat tidak diterima,” ujarnya.

Beliau juga berdoa supaya rakyat dilindungi dari terus dijangkiti Covid-19 selain bersabar dan berikhtiar.

“Bukan sabar sahaja, kita perlu berikhtiar mencari ubat, mesti ada pencegahan, jangan duduk diam tunggu takdir Allah, itu pandangan salah sebab itu kita kena cari penyelesaian sebaiknya dengan cara bertanggungjawab,” katanya.[mg]

Facebook Comments