Axiata Beri Pembiayaan Sebesar AS$20 Juta Kepada Edotco | Malaysia News

Axiata Beri Pembiayaan Sebesar AS$20 Juta Kepada Edotco

Axiata Beri Pembiayaan Sebesar AS Juta Kepada Edotco

Axiata Beri Pembiayaan Sebesar AS$20 Juta Kepada Edotco

Kuala Lumpur, MTN – Axiata Group Bhd memeterai perjanjian pembiayaan pemegang saham sebanyak AS$20 juta dengan anak syarikatnya, Edotco Group Sdn Bhd (Edotco).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata pembiayaan pemegang saham itu adalah pinjaman yang akan dikeluarkan oleh syarikat kepada edotco dan ia bertujuan untuk syarikat itu menyuntik lebih banyak modal ke dalam Edotco Tower Pakistan (Private) Limited.

Pinjaman pemegang saham itu akan mempunyai tempoh selama 12 bulan yang akan berakhir pada 7 Disember 2022.

“Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan faedah Axiata berdasarkan penanda aras pasaran semasa.

“Ahli Lembaga Pengarah berpendapat bahawa pembiayaan pemegang saham itu adalah bagi demi kepentingan terbaik Axiata dan ia adalah adil, munasabah dan atas terma komersial serta tidak menjejaskan kepentingan Axiata dan pemegang sahamnya,” katanya.

Selain itu, Axiata berkata Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), pemegang saham utama Axiata mempunyai kepentingan dalam pembiayaan pemegang saham itu kerana Khazanah juga adalah pemegang saham utama Edotco.

Setakat 30 November 2021, Khazanah memegang kira-kira 36.75 peratus dan 10.57 peratus masing-masing dalam Axiata dan Edotco.

“Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Axiata, Ong King How ialah eksekutif sepenuh masa Khazanah dan wakil Khazanah dalam Lembaga Pengarah Axiata, justeru beliau adalah berkecuali dan akan terus berkecuali dalam semua perbincangan dan pengundian berhubung dengan pinjaman pemegang saham itu,” katanya.

Edotco adalah anak syarikat 63 peratus milik Axiata.

Aktiviti utamanya ialah pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan sokongan teknikal dan operasi dalam telekomunikasi dan industri berkaitan dalam pasaran tempatan dan/atau antarabangsa.

 

[BERNAMA]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply