Bank Malaysia Memberi Sumbangan Lebih Sedikit Pada Sektor Teknologi | Malaysia Top News
January 16, 2021

Bank Malaysia Memberi Sumbangan Lebih Sedikit pada Sektor Teknologi

Kuala Lumpur, MTN – Bank-bank di Malaysia kurang menyediakan peruntukan untuk teknologi dan boleh dicabar oleh syarikat teknologi China yang besar seperti Alibaba dan Tencent dalam bidang perbankan maya.

Pengarah Urusan Hitachi Vantara Sdn Bhd Moti Uttam berkata Global Data, syarikat perunding dan analisis data, mengunjurkan industri teknologi Malaysia melabur sebanyak US$25.2 bilion (US$1=RM4.07) menjelang 2023, didorong oleh permintaan yang meningkat terhadap pengkomputeran pelanggan dan penyelesaian awan.

Katanya Global Data turut mengenal pasti mobiliti, awan, analisis data, penyimpanan dan proses perniagaan penyumberan luar sebagai lima penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang utama untuk diguna pakai dan dilaksanakan.

“Industri perbankan dan perkhidmatan kewangan dijangka hanya menyumbang 12.3 peratus kepada pendapatan ICT sebanyak US$25.2 bilion menjelang 2023, ketiga selepas sektor pembuatan dan tenaga.

“Oleh itu, bank perlu melihat selain daripada penawaran semasa mereka untuk deposit, pembayaran dan pinjaman serta merapatkan jurang antara mereka dan bank digital dan/atau maya.

Advertisement

“Mereka juga perlu mula mewujudkan model perniagaan yang memberi tumpuan kepada permintaan dan keperluan generasi baharu dan pelanggan yang celik digital,” katanya kepada Bernama.

Pada Disember 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mengeluarkan lima lesen bank digital tetapi pelan itu ditunda kepada Jun 2020 berikutan pandemik COVID-19.

Uttam melihat bank digital sebagai pendorong kepada transformasi digital di Malaysia apabila pelan itu disokong secara meluas oleh orang ramai.

Merujuk kepada PricewaterhouseCoopers (PWC) 2019 Report, katanya didapati 77 peratus daripada rakyat Malaysia menantikan bank digital dan hanya 36 peratus daripada mereka terus percaya kepada bank tradisional secara fizikal untuk menjaga keselamatan data dan wang mereka.

 

[bernama]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •