Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang mencadangkan agar Perdana Menteri ditukar.
Dalam klip video yang tular di media sosial, ketika meninggalkan stadium selepas menyaksikan satu perlawanan bolasepak, peminat JDT telah menjerit “Hidup TMJ” kepada baginda, tetapi ada seorang terdengar berkata “Tukar Mora”.
Mora yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada Benjamin Mora, jurulatih JDT.
TMJ kemudian mengeluarkan kepala baginda melalui tingkap kereta lalu berkata, “Daripada tukar Mora baik tukar Perdana Menteri.”
Ia kemudian mengundang ketawa dan sorakan peminat-peminat JDT.
Menjawab kata-kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang menyebut “Daripada tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir Mohamad berkata, kedudukannya hanya boleh ditukar oleh rakyat.
Sebaliknya kata Tun Mahathir, pernah di suatu ketika dahulu Tunku Mahkota Johor telah ditukar dan digantikan dengan adiknya.
“Jadi TMJ boleh ditukar. Perdana Menteri cuma rakyat saja boleh menukarnya,” tambah beliau.
Menurut Tun Mahathir lagi, TMJ bagaimanapun boleh cuba mengundi jika ingin menukarnya sebagai Perdana Menteri.
“Dia (TMJ) bukan orang besar, dia orang kecil. Kalau dia boleh nak undi, dia undilah bagi saya jatuh” kata Tun Mahathir lagi.
Memang benar ada sejarah di mana TMJ pernah ditukar, tetapi ia bukanlah sesuatu yang selalu berlaku.
Ini kerana kedudukan Raja adalah berdasarkan keturunan dan suatu jawatan yang diwariskan.
Dalam sejarah moden Johor, barangkali Sultan Mahmud yang digantikan dengan adiknya pada 1961 itu adalah satu-satunya TMJ yang pernah ditukar kedudukannya.
Bagaimanapun, jawatan Sultan Mahmud dikembalikan semula pada 1981 sebelum kemudian baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, Sultan Ismail.
Berbanding Perdana Menteri, meskipun ditentukan oleh rakyat, pertukaran Perdana Menteri sebenarnya lebih mudah dilakukan, selain sudah kerap berlaku sebelum ini.
Yang terakhir berlaku di negara kita ialah Najib Razak dijatuhkan oleh rakyat dalam PRU14 lalu.
Meskipun Tun Mahathir sekarang adalah Perdana Menteri dan kedudukannya ditentukan oleh rakyat, ia tidaklah bermakna beliau sukar untuk ditukar atau dijatuhkan.
Sekarang ini pun sokongan rakyat kepada Perdana Menteri sudah cukup merosot dengan kajian terbaru oleh Merdeka Centre hanya memperlihatkan Tun Mahathir ada sokongan sebanyak tinggal 46 peratus saja lagi.
Ini berbeza dengan tahapnya sebanyak 83 peratus pada Mei 2018 dan 71 peratus pada Ogos 2018.
Cuba diadakan pilihanraya sekarang, terjaminkah Tun Mahathir tidak ditukar oleh rakyat?
Oleh itu, dalam pada Tun Mahathir mengatakan TMJ boleh ditukar, beliau seharusnya lebih sedar kedudukan sendiri lebih mudah untuk rakyat menukarnya.
Maka, tidaklah jawatan Perdana Menteri itu terlalu besar sebenarnya jika dibandingkan dengan anak Raja.
1 thought on “BETUL KATA TMJ, MENUKAR PERDANA MENTERI LEBIH MUDAH DARIPADA MENUKAR RAJA”