Bubar Parlimen Tidak Selesaikan Isu Politik Sekarang
Bubar Parlimen Tidak Selesaikan Isu Politik Sekarang
Kuala Lumpur, MTN – Pilihan raya umum baharu dilihat tidak mampu menjadi jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu komplot politik yang berlaku ketika ini.
Ini kerana menurut Bersih 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hasil keputusan PRU tersebut mungkin menyaksikan Parlimen tergantung; kehampaan pengundi melihat ahli Parlimen yang dipilih hanya mendapat undi kurang 50 peratus dan tiada parti yang mendapat keyakinan rakyat.
“Justeru, kami menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai inisiatif untuk menggantikan beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menamatkan kebuntuan dan komplot politik ini dengan pemuafakatan pelbagai parti untuk penjajaran semula politik tanpa mengira siapa Perdana Menteri atau parti mana yang berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penjajaran semula politik perlu mewujudkan persaingan sihat dan profesional di antara semua parti, tegasnya.
Dengan itu, Bersih 2.0, GBM dan ABIM mengemukakan enam cadangan supaya landskap politik negara dapat diubah ke arah yang lebih baik.
Enam cadangan tersebut adalah kesetaraan di sisi undang-undang; peranan yang lebih konstruktif untuk pembangkang dan penyokong (backbenchers) kerajaan; reformasi pendanaan politik yang komprehensif; melarang wakil rakyat melompat parti; pengimbangan semula pembahagian kuasa persekutuan; negeri dan kerajaan tempatan; serta reformasi politik pilihan raya dan pewakilan.
“Kami menggesa Perdana Menteri pada bila-bila masa untuk memulakan atau meneruskan persetujuan pelbagai parti untuk mengembalikan demokrasi dan mengukuhkan kestabilan politik di Malaysia,” katanya lagi.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri