Tun M: PN Tidak Pernah Didaftar, Kerajaan Sekarang Kerajaan Muhyiddin
Tun M: PN Tidak Pernah Didaftar, Kerajaan Sekarang Kerajaan Muhyiddin
Kuala Lumpur, MTN – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Perikatan Nasional tidak wujud dan menggelarkan kerajaan pemerintah sekarang adalah Kerajaan Muhyiddin. Jelasnya, Perikatan Nasional tidak pernah didaftarkan semasa Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional.
“Mereka hanya benarkan ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai.
“Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi,” katanya dalam satu hantaran di blognya hari ini.
Dr. Mahathir juga mendakwa Muhyiddin telah menyogok ketua-ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan pelbagai jenis tawaran sama ada wang mahu pun jawatan supaya memberi sokongan kepada beliau.
Bekas Pengerusi Bersatu itu juga mendakwa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 4 Jun lalu juga tidak sah dari segi perlembagaan parti.
“Dia tidak berkuasa membuat demikian. Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang menyokongnya. Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu.
“Oleh itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.
“Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.
“Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.
“Untuk Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong. Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan, cipta jawatan.
“Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah,” katanya.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri