Cerita DSAI Tentang Tunku Abdul Rahman | Malaysia News

Cerita DSAI Tentang Tunku Abdul Rahman

Cerita DSAI Tentang Tunku Abdul Rahman

Cerita DSAI Tentang Tunku Abdul Rahman

Kuala Lumpur, MTN –  Jika ada yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak menghormati pengasas negara Malaysia dan lebih cenderung untuk mengagumi pengasas negara lain (Gandhi), dia mungkin buta sejarah dan tidak pernah membaca. Kerana, DSAI adalah antara generasi terakhir yang punya hubungan secara langsung dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Tunku Abdul Rahman juga mengenali DSAI dengan baik. Beliau menamakan DSAI sebagai seorang pejuang hebat dari golongan pemuda dengan idealisme yang berjuang untuk hak-hak Melayu-Islam dan perpaduan Malaysia.

“Dia seorang pejuang yang hebat,” kata Tunku kepada DSAI.

Secara peribadi, juga begitu. Tunku Abdul Rahman tahu ibu bapa DSAI yang aktif dalam pergerakan UMNO. Hubungan mereka sangat dekat dan terasa biasa. (Hubungan seperti ini tidak dimiliki oleh Muhyiddin Yassin dan Ulama Su ‘Abdul Hadi Awang)

“Bila saya sebagai Timbalan Menteri masa itu, dia tak tanya saya apa khabar, dia tanya mak saya dan ayah saya …” cerita DSAI.

Oleh itu bagi DSAI, Tunku Abdul Rahman adalah contoh dan inspirasi tentang perjuangan. Terutama dalam soal mempertahankan idealisme dan prinsip kemerdekaan negara.

Bagi DSAI, Tunku Abdul Rahman adalah sosok yang mengajarkan prinsip perpaduan Malaysia. Itulah hal yang menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh dibina atas sentimen perkauman.

Dengan kenyataan ini, nampaknya tuduhan DSAI tidak mengagumi Bapa Kemerdekaan Malaysia adalah tidak berasas. DSAI lebih dekat dan lebih mengenal Tunku Abduk Rahman, daripada mereka yang mencuri kuasa menggunakan pintu belakang.

*“The legacy of Tunku Abdul Rahman is nothing more than securing a united Malaysia Nation…..”* DSAI (11 Feb 2014)

_______________________________________________________________________

@RaheemArshavin

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply