Gunting Rambut Dan Kerajaan Pintu Belakang | Malaysia News

Gunting Rambut dan Kerajaan Pintu Belakang

Gunting Rambut dan Kerajaan Pintu Belakang

Kuala Lumpur, MTN –  Syahdan, kejahilan nampak begitu jelas dalam kerajaan hari ini. Selepas mencadangkan pertandingan Tiktok, kerajaan (atas arahan Menteri Semburit) membuat keputusan yang berbahaya dengan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.

Saya tidak tahu latar belakang sebab keputusan tersebut. Tetapi apa yang saya tahu semua pakar kesihatan telah bersetuju bahawa interaksi antara orang ramai perlu dihadkan untuk mencegah penyebaran Covid-19. Termasuklah dalam kes ini, iaitu interaksi dan penjarakan sosial di kedai gunting rambut.

Atas sebab apa pun, keputusan berbahaya seperti ini tidak boleh dibenarkan. Hujah-hujah yang disampaikan oleh Afif Baharuddin, penjilat Menteri Semburit, dari kajian The New England adalah dangkal. Hasil kajian tersebut tentu saja tidak relevan dengan keadaan Pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang.

Demi mencegah Covid-19, orang ramai sememangnya berharap bahawa Kerajaan Pengkhianat Negara (PN) tidak akan membuat polisi aneh dan mengarut. Kerana, jika berterusan seperti itu, kesihatan dan keselamatan orang ramailah yang akan dipertaruhkan.

Adakah tidak cukup 76 kematian untuk mengingatkan kerajaan Muhyiddin supaya tidak melaksanakan dasar yang salah?

______________________________________________________________________

RaheemArshavin

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply