Covid-19, Anwar Ibrahim: Tak Masuk Akal ‘Kerah’ Tentera

Covid-19, Anwar Ibrahim: Tak Masuk Akal ‘Kerah’ Tentera
Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai ‘tidak masuk akal’ (absurd).
“Bagi saya, ini sebenarnya tidak masuk akal untuk mengerahkan tentera pada waktu polis masih boleh mengawal keadaan,” kata Anwar kepada CNBC hari ini.
Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata pihak tentera akan dipanggil bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Awal hari ini, polis menyuraikan kehadiran ramai pelanggan di pasar basah di Seksyen 17, Petaling Jaya.
Jabatan Pengangkutan Jalan juga menutup kaunternya selepas dikerumuni orang ramai.
Anwar berkata PH akan menyokong kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
“Kami bersama dengan kerajaan dalam semua usaha untuk menangani isu ini,” jelasnya.
Bagaimanapun, kata Anwar kerajaan kekurangan perancangan yang jelas dan koheren dalam mengendalikan wabak Covid-19.
Beliau berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk menjaga kebajikan golongan miskin dan memastikan nasib mereka terbela sepanjang tempoh dua minggu perintah kawalan pergerakan dua.
Anwar juga mengkritik kerajaan kerana tidak melarang perhimpunan agama lebih awal, berkata usaha Perikatan Nasional yang mahu dilihat sebagai pentadbiran Islam telah mengakibatkan keputusan lambat dibuat.
Setakat tengahari tadi terdapat 1,030 kes jangkitan Covid-19, manakala terdapat 26 pesakit yang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).
Covid-19 telah meragut tiga korban di Malaysia.[mk]
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan