Covid-19, Chin Tong: PN Sibuk Selamatkan Kuasa Politik Bukan Rakyat
Covid-19, Chin Tong: PN Sibuk Selamatkan Kuasa Politik Bukan Rakyat
Kuala Lumpur, MTN – Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menyifatkan Perikatan Nasional (PN) hanya sibuk terhadap kuasa politik masing-masing apabila mengumumkan ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan akan dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut pemimpin DAP itu, dalam keadaan negara dilanda Covid-19, kerajaan sepatutnya fokus untuk menyelamatkan rakyat khususnya yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kerajaan PN sepatutnya menyelamatkan pekerjaan dan gaji rakyat semasa krisis Covid-19. Malangnya, PN sibuk bekerja selamatkan kuasa politik, lantik ahli parlimen PN dalam jawatan GLC/agensi kerajaan,” katanya menerusi Twitternya hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Takiyuddin Hassan berkata ahli parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan ketika ini akan dijadikan ketua GLC.
Susulan itu, bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz menyuarakan kekecewaannya dalam masa yang sama menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai langkah ke belakang kerajaan PN ketika negara kini dilanda wabak Covid-19.[MG]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri