Covid-19, KKM: Tiada Kematian, Kes Positif Turun | Malaysia News

Covid-19, KKM: Tiada Kematian, Kes Positif Turun

Covid-19, KKM: Tiada Kematian, Kes Positif Turun

Putrajaya, MTN – Selepas dua hari berturut-turut jumlah kes baharu positif Covid-19 mencecah angka tiga digit, hari ini jumlah kes baharu wabak itu turun mendadak dengan hanya 55 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh daripada kes baharu yang dilaporkan merupakan kes import.

Selain itu, menurut beliau, tiada kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia kekal 105 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,764 kes. Mereka semua telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes, di mana sebanyak 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, sebanyak 28 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ujarnya, sebanyak 71 kes positif Covid-19 pulih dan kesemuanya telah discaj dari wad.

Tambah beliau, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 4,484 kes yang merangkumi 70.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif virus tersebut, katanya.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply