Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua
Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua
Kuala Lumpur, MTN – Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan dirinya hamil anak kedua melalui perkongsian di Instagram (IG).
Melalui kapsyen berbunyi ‘Kepada keluarga dan kawan tersayang, bolehkah anda membaca berita baik ini’ dan foto menampakkan dirinya memegang belon tertera mesej ‘Baby 2 Coming’, jelas membuktikan dirinya berbadan dua.
View this post on Instagram
Elfira atau nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bagaimanapun enggan berkongsi usia kandungan berikutan masih terlalu awal.
“Iya.. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan hamil lagi. Saya tidak fikir soal jantina anak kerana masih pada awal fasa kehamilan.
“Sesiapa yang kenal tahu saya mahukan anak perempuan sejak dahulu lagi. Namun, Tuhan kurniakan hero pertama (Muhamad Rayyan Khalaf) untuk saya dan suami.
“Sudah ada pengalaman dapat anak lelaki, rasa seronok pula. Jadi, tidak kisah, anak lelaki atau perempuan, saya okay sahaja,” katanya.
Isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini berkata, disebabkan dirinya hamil, tawaran berlakon terpaksa dipertimbangkan dengan hati-hati.
“Jika diikutkan selepas Rayyan sudah capai usia sekarang, saya hendak kembali aktif dalam dunia lakonan.
“Saya baru pulang dari Perlis menjayakan penggambaran telefilem Cintamu Karipap Di Hatiku arahan Osman Ali dan berganding dengan Zaki Azeman.
“Saya berada di Perlis sejak 3 Oktober lalu dan penggambaran mengambil masa 10 hari,” katanya.
Sekembalinya dari Perlis, Elfira merancang menyambung komitmen dengan produksi drama lain.
“Namun, selepas mendapati diri hamil, saya kena pilih tawaran yang tidak menuntut saya memberi komitmen berat.
“Drama rantaian mengambil masa lama dan bimbang perut mula membesar,” katanya yang terpaksa menolak tawaran dua penerbit drama yang melamarnya menjadi teraju utama.
Elfira mengaku rindukan dunia lakonan dan tidak bercadang meninggalkan bidang seni.
“Saya kena tetapkan keutamaan pada masa tertentu. Sebelum pandemik COVID-19, saya membintangi drama Dear Cinta arahan Kyoll Hamzah bersama Nynaa Harizal dan Sweet Qismina.
“Drama itu sudah disiarkan slot Samarinda di TV3,” katanya yang bernikah dengan Muhammad Faris pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya.
[BH]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor