Faizal Azumu: Hubungan Umno, PAS, Bersatu Sangat Baik | Malaysia News

Faizal Azumu: Hubungan Umno, PAS, Bersatu Sangat Baik

Faizal Azumu: Hubungan Umno, PAS, Bersatu Sangat Baik

Kuala Lumpur, MTN – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata hubungan Bersatu, Umno dan PAS di Perak sangat baik walaupun pelbagai persepsi mengatakan Perikatan Nasional (PN) semakin berpecah belah.

Faizal berkata demikian di sebalik tindakan Umno mengesahkan tidak menyertai PN, manakala rakan komponen BN, MIC menarik diri daripada menyertai gabungan itu secara rasmi.

“Yang pertamanya, Bersatu, PAS dan Umno mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Kadang-kadang apa juga saya katakan ataupun pimpinan daripada pimpinan Umno dan PAS katakan diberi persepsi yang pelbagai.

“Tapi, sebenarnya hubungan antara kempinan ketiga-tiga parti ini amat baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembelian Rumah Perakku 1 Ulu Bernam Timur dan Rumah Perakku 1 mukim Slim di Dewan Trolak Pekan, petang tadi.

Terdahulu Faizal ditanya kenyataan beberapa pimpinan Umno bahawa parti itu akan bertanding di semua kerusi dimenangi Bersatu pada PRU14.

“Saya tak nampak apa yang diperkatakan pemimpin Umno telah mengeruhkan suasana.

“Perbincangan rundingan antara ketiga parti dari segi pembahagian kerusi ini berjalan dengan amat baik,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Katanya sebagai timbalan presiden Bersatu beliau turut mengambil bahagian dalam pembahagian kerusi.

“Saya sendiri adalah salah seorang perunding yang mewakili parti saya berunding dengan wakil-wakil daripada Umno dan PAS.

“Hubungan kami cukap baik. Perbincangan tidaklah macam apa berlaku dalam parti yang nak tubuhkan ini (Pejuang) saya dengar dah mula berkecamuk siapa nak jadi ketua bahagian dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sejak penubuhan Kerajaan PN pada Mac, Umno dilihat tidak begitu serasi dengan Bersatu.

Malah, parti itu berulang kali menyatakan pendirian bahawa kerjasama Umno dan Bersatu hanya sehingga PRU15 sahaja.[mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply