Tun M Mengaku Masih Sayang UMNO | Malaysia Top News
December 5, 2020

Tun M mengaku masih sayang UMNO

SLIM RIVER, MTN – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengakui beliau masih menyayangi bekas parti pimpinan pertamanya, UMNO.

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, biarpun menjadi presiden itu selama 22 tahun, hari ini beliau terlibat untuk menjatuhkan UMNO

“Semua tahu ini saya berasal daripada UMNO dan biasa jadi presiden selama 22 tahun, hari ini tidak lagi jadi, tetapi terlibat untuk gagalkan UMNO.

“Ya, sayang UMNO dan seorang daripada pengasas di Alor Star tetapi bila parti itu menyeleweng dan tidak laksana janji, kalau kita terus sokong, kita juga akan seleweng,” katanya yang bakal menjadi Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Felda Besout 3 di sini hari ini.

Turut hadir, bakal Presiden Pejuang yang juga anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Mengulas lanjut, Mahathir menasihati orang ramai agar tidak mengikat diri dengan parti hingga menyokong apa pemimpin parti membuat kesalahan hingga merosakkan negara.

Tegasnya, beliau pernah menjadi presiden UMNO dan apabila sanggup letak jawatan apabila parti itu buat salah.

“Saya berhenti zaman Pak Lah (Tun Abdulah Ahmad Badawi) dan Najib kerana buat benda tidak betul. Dia curi duit tetapi datang sini menangis,” katanya.

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •