Filem Ejen Ali Ditonton Lebih dari 1 Juta Kali di Laman YouTube

Filem Ejen Ali Ditonton Lebih dari 1 Juta Kali di Laman YouTube
Kuala Lumpur, MTN – Dalam masa tidak sampai 24 jam selepas tayangan dan dilancarkan di laman YouTube rasmi, filem pendek terbaharu dan pertama Ejen Ali yang berjudul MISI: JUANG telah meraih lebih 1 juta tontonan.
Ia juga mencapai trending nombor 1 di laman Youtube, katanya satu kenyataan hari ini.
Filem pendek hasil gabungan Primeworks Studios dan WAU Animation yang berdurasi tiga minit lebih itu telah dilancarkan pada 25 Disember lalu tepat jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube Rasmi EJEN ALI.
Ia masih mengekalkan lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Malik Abdullah dan Cuurley yang diberikan nafas baru, filem pendek MISI: JUANG merupakan penghormatan khas kepada barisan hadapan dan penghargaan atas usaha berani mereka memerangi pandemik Covid-19.
[MG]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor