Gandingan Boleh Diterbalikkan

Gandingan Boleh Diterbalikkan
Petaling Jaya, MTN – DAP tidak meletakkan sokongan tegar (rigid) terhadap Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, tetapi masih membuka ruang perbincangan mengenai calon Perdana Menteri (PM).
Selain gandingan Shafie-Anwar-Mukhriz yang diumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, DAP juga tidak menolak kemungkinan menyusun kedudukan gandingan itu menjadi Anwar-Shafie-Mukhriz.
Sumber boleh dipercayai memberitahu, mesyuarat DAP yang dijalankan pada Selesa memutuskan bahawa Pakatan Harapan (PH) mesti dikukuhkan dan “berjalan bersama”, selain bergabung dengan tenaga dari Sabah dan Sarawak.
“Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menetapkan untuk menyerah perbincangan mengenai Shafie sebagai PM kepada Majlis Presiden PH,” kata sumber.
Menurut sumber, selain menekankan kepentingan keputusan bersama dalam PH, DAP juga tidak akan mengkhianati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami tidak menetapkan supaya Shafie mesti menjadi PM atau menetapkan siapa yang menjadi ketua dan siapa menjadi timbalan.
“Majlis Presiden PH akan berbincang apabila sampai masanya,” katanya.
Menurut sumber itu, pengaruh Shafie perlu digabungkan bukan demi merampas kuasa pentadbiran, tetapi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kilat pada November.
“Sumber UMNO memberitahu pilihan raya mungkin diadakan pada November, jadi kami perlu menghala ke arah sasaran ini.
“Isu dan cadangan Shafie menjadi PM adalah tepat pada waktunya, kami masih ada masa untuk berunding dan tawar menawar,” katanya.
Menurut sumber, masih ada ruang untuk PH menukar calon PM.
“Kami boleh mengecualikan Dr. Mahathir pada masa ini, yang tinggal adalah Anwar dan Shafie.
“Jika Anwar tidak setuju dengan Shafie, kami masih boleh berunding, termasuk menterbalikkan gandingan iaitu Anwar menjadi PM dan Shafie sebagai timbalan,” katanya.
Jelas sumber, Shafie sukar untuk menolak kerjasama dengan PH kerana penolakan itu akan menyebabkan beliau menerima kesan isolasi daripada Perikatan Nasional malahan penyokong Warisan juga akan “dibeli.”[mg]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri