Harga Runcit Petrol RON97 Kekal Pada RM2.87 | Malaysia News

Harga Runcit Petrol RON97 Kekal Pada RM2.87

Kuala Lumpur, MTN – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.87 seliter bagi tempoh 21 Oktober 2021 sehingga 27 Oktober 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun arga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

[MG]

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •