Hasil Liga Champion: Real Madrid Kalah Di Kandang Sendiri | Malaysia Top News
March 3, 2021

Hasil Liga Champion: Real Madrid Kalah di Kandang Sendiri

LONDON, MTN – Real Madrid terus ditimpa nasib malang apabila tewas kepada Shakhtar Donestk pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara dengan kekalahan 3-2 di laman sendiri.

Ia adalah kekalahan kedua beturut-turut skuad kendalian Zinedine Zidane menjelang pertemuan Clasico dengan Barcelona Sabtu ini.

Juara Ukraine Shakhtar turun tanpa beberapa tonggaknya susulan jangkitan COVID-19 tetapi masih mampu mencipta kejutan di Stadium Alfredo di Stefano dengan meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit pada babak pertama.

Pelatih Madrid Zinedine Zidane mengungkapkan timnya kurang percaya diri. Dia juga mengaku bertanggung jawab atas kekalahan ini.

“Sukar untuk berfikir apa yang harus dikatakan ketika anda melepaskan tiga gol pada separuh masa pertama,” katanya. “Kami melakukan kesalahan dengan gol pertama mereka dan sejak itu sangat sukar.”

“Saya meninggalkan perasaan sangat teruk kerana semua yang berlaku malam ini. Ia adalah permainan yang buruk, malam yang buruk, tetapi saya adalah jurulatih dan saya adalah orang yang harus mencari jalan keluar. Saya tidak menemui jalan penyelesaiannya malam ini. dan ini adalah saat yang sangat sukar bagi para pemain, “kata Zidane mengenai kekalahan Real Madrid kepada Shakhtar.

Advertisement

Juara Ukraine Shakhtar turun tanpa beberapa tonggaknya susulan jangkitan COVID-19 tetapi masih mampu mencipta kejutan di Stadium Alfredo di Stefano dengan meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit pada babak pertama.

Berikut keputusan perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) lain yang berlangsung awal pagi tadi :

KUMPULAN A

1. Munich       4-0 Atl. Madrid

2. Salzburg     2-2 L. Moscow

 

KUMPULAN B

1. Real Madrid 2-3 Shakhtar

2. Inter Milan   2-2 Moenchengladbach

 

KUMPULAN C

1. Man. City      3-1 FC Porto

2. Olympiakos 1-0 Marseille

 

KUMPULAN D

1. Ajax              0-1 Liverpool

2. Midtjylland 0-4 Atalanta

 

[mg]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •