Huawei Bekerjasama Dengan JIOS Academy Untuk Menyokong Transformasi Digital Johor | Malaysia Top News
January 16, 2021

Huawei Bekerjasama dengan JIOS Academy untuk Menyokong Transformasi Digital Johor

Kuala Lumpur, MTN – Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bekerjasama dengan  JIOS Academy Sdn Bhd untuk berganding bahu menyokong inisiatif digital diterajui Pusat Ekonomi Digital Johor (JDEC) yang dilancarkan hari ini.

Menerusi kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama merancang, membangun dan melaksanakan penyelesaian digital inovatif bagi meningkatkan dan menaik taraf perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana di Johor dengan memanfaatkan teknologi Awan dan Kecerdasan Buatan (AI) yang disediakan oleh Huawei.

Advertisement

“Huawei akan memainkan peranan sebagai rakan teknologi dan penasihat manakala JIOS Academy akan menjadi pemilik projek dan penyedia kandungan.

“Kerjasama strategik ini juga akan memacu penggunaan penyelesaian AI dan Internert Pelbagai Benda (IoT) dalam Johor,” kata Huawei dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerjasama itu adalah selaras dengan visi negeri untuk mentransformasikan Johor menjadi Bandar Pintar dengan kerajaan digital pertama.

 

[bernama]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •