Hutang Negara: Apakah Kerajaan PN Tipu Rakyat? | Malaysia News

Hutang Negara: Apakah Kerajaan PN Tipu Rakyat?

Hutang Negara: Apakah Kerajaan PN Tipu Rakyat?

Hutang Negara: Apakah Kerajaan PN Tipu Rakyat?

Kuala Lumpur, MTN – Apakah Kerajaan PN berbohong mengenai had hutang kerajaan? Sebelum itu Kerajaan PN telah menaikkan had hutang kerajaan daripada 54.4% (PH) kepada 60% (PN). Pada masa BN 48.7%.

Tetapi had hutang kerajaan PN telah melepasi paras 60% yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan Ogos 2020.

Rupanya had hutang kerajaan telah mencecah ke 62.2% pada akhir tahun 2020. Bahkan Ia dijangka akan naik lagi ke 64.1% pada akhir tahun 2021.

Ini kerana kerajaan merancang berhutang sebanyak RM95B pada tahun 2021. Bermakna hutang akan naik kepada RM975 bilion (berbanding RM687B sebelum PRU14).

Tetapi apa masalahnya? Salahkah kerajaan meminjam untuk beri bantuan kepada Rakyat pada masa pandemik? Memang tidak salah.

Masalahnya kenapa langgar undang undang? Kenapa melebihi had hutang 60% yang telah diluluskan Parlimen. Kenapa tidak kemukakan had hutang yang baru di Parlimen?

Tengku Zafrul menafikan had hutang sudah melepasi 60%. Dia dakwa baru 58%. Tetapi laporan rasmi Kementerian Kewangan amat jelas nisbah hutang adalah 62.2% pada akhir tahun 2020.

Justeru gesaan DS Najib dalam fb beliau amat wajar. “Kerajaan PN perlu jujur dan betulkan keadaan secepat mungkin”.

Menurutnya lagi “Hutang negara bukan isu kecil. Pelabur asing akan sangsi. Akhirnya rakyat yang akan berdepan dengannya”.

Apakah ini berlaku kerana Parlimen digantung. Maka tidak ada “semak dan imbandg”. Isu ini terdedah kerana keperihatinan DS Najib dan pakar pakar ekonomi.

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply