Mad Sabu: Ketua Pembangkang, DSAI Sememangnya Ada Penghormatan dan Tugas
Mad Sabu: Ketua Pembangkang, DSAI Sememangnya Ada Penghormatan dan Tugas
Kuala Lumpur, MTN – Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata bahwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Sebagai Ketua Pembangkang sememangnya ada penghormatan dan tugas yang diberikan terutama untuk melaksanakan proses semak dan imbang serta diberi bilik khas sebagai Ketua Pembangkang. Jika di Australia Ketua Pembangkang bertaraf menteri.
“Semasa saya bersama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat, layanannya agak baik dan beliau berjanji secara verbal untuk membantu pihak pembangkang mengadakan pertemuan di bangunan parlimen,” katanya.
Tetapi pada hari ini 22 Mac 2021 apabila Ketua Pembangkang yang mengetuai ahli ahli parlimen pembangkang yang hadir ke Parlimen untuk mengadakan pertemuan dan taklimat telah diperlakukan tindakan yang agak menghinakan.
Tidak ada seorang pun pegawai pegawai parlimen yang hadir menyambut Ketua Pembangkang. Bahkan dewan yang diberikan tidak dapat menampung jumlah ahli ahli parlimen yang hadir.
“Selama 3 penggal saya menjadi wakil rakyat pembangkang, saya menghormati menteri menteri walaupun mereka adalah musuh politik kami. Tetapi sekarang saya langsung tidak tahu bagaimana untuk menghormati menteri menteri kerajaan tebuk atap yang mengambil kerajaan secara tidak demokratik, berlagak sombong seolah olah merekalah yang memiliki Malaysia ini,” ujarnya.
“Bagi saya bukan soal Anwar Ibrahim atau Pengerusi Pakatan Harapan, tetapi beliau adalah ketua pembangkang dan yang hadir adalah ahli ahli parlimen yang perlu dihormati dalam proses demokrasi yang diamalkan selama ini,” sambungnya.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri