ISMA: Ketiadaan Jawatan TPM Tidak Menimbulkan Masalah | Malaysia News

ISMA: Ketiadaan Jawatan TPM Tidak Menimbulkan Masalah

ISMA: Ketiadaan Jawatan TPM Tidak Menimbulkan Masalah

ISMA: Ketiadaan Jawatan TPM Tidak Menimbulkan Masalah

Kuala Lumpur, MTN – Ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet yang menjadi amalan biasa tidak menimbulkan masalah kerana jawatan itu sendiri tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan.

Malah, ia berkemungkinan strategi dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti-parti komponen kerajaan, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya.

“Pasukan yang dianggotai oleh figura-figura daripada pelbagai latar belakang yang berpengalaman luas dan profesional ini diyakini akan menjadi satu pasukan yang stabil dan kukuh seterusnya mampu memimpin negara dengan baik.

“Diharapkan agar Menteri-Menteri yang pernah dikaitkan dengan rekod kurang baik dapat memperbaiki dan membuktikan prestasi yang baik sehingga tamat penggal ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aminuddin menambah, jawatan Menteri yang menjaga hal ehwal agama yang dilantik dalam kalangan mufti merupakan sesuatu yang baru dan sangat terpuji kerana berani mengangkat seorang ‘ulama’ yang disegani oleh semua pihak serta tidak berpartisan.

Ujarnya, beliau berharap agar Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dapat memainkan peranan yang lebih dalam menjaga keharmonian agama dan memberi ruang kepada NGO-NGO untuk terlibat dalam pelbagai perkara termasuk dalam merangka polisi-polisi yang berkaitan. [mg]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply