Isu Peralihan Kuasa: “Sudah Sampai Masanya”
Isu Peralihan Kuasa: “Sudah Sampai Masanya”
Isu peralihan kuasa dihidupkan semula pada awal tahun 2020. Tidak hanya dalam golongan elit politik, tetapi juga dalam masyarakat lain.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebelum ini berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim 2 tahun selepas dia mengambil jawatan pada Mei 2018.
Tetapi sehingga kini, tidak ada kepastian tarikh pemindahan kuasa.
“Sudah sampai masanya pelan peralihan kuasa mengambil tempat untuk dimulakan, tarikh keramat sebuah reformasi perlu dimuktamadkan untuk menobatkan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-8, Perdana Menteri RAKYAT,” tulis Edy Noor Reduan yang merupakan aktivis blogger, Ahad (5/1/2019) .
Menurut Edy, sosok Anwar Ibrahim adalah orang paling layak untuk memimpin. Kerana ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Malaysia.
“Percaya dan yakinlah, Anwar Ibrahim adalah sosok yang paling layak untuk mengemudi tanah air dan menyelesaikan masalah negara ini.
Masalah ekonomi, masalah sosial dan masalah perpaduan, semua ini mampu ditangani oleh Anwar tanpa meminggirkan isu-isu rakyat yang selama ini menjadi zikir naratifnya, bukan cukong kaya-raya atau kroni Disneyland dan sebagainya,”
Selain itu, penganalisis politik, Shahbudin Husin menegaskan perlunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathitlr Mohamad kepada Anwar Ibrahim ditetapkan tarikh yang khusus demi keutuhan PH mendepani hari-hari mendatangnya.
Shahbudin juga menganggap bahawa peralihan kuasa tidak akan menjadikan Tun Mahathir tidak lagi berfungsi selepas itu. Malah, kedudukan PH akan lebih stabil selepas itu.
“Seterusnya adalah menjadi tugas Majlis Presiden PH meyakinkan Tun Mahathir bahawa kedudukannya langsung tidak terjejas walaupun setelah tarikh peralihan kuasa ditetapkan,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020