Jeffrey Kitingan Persoal Motif Dr M Cadang Shafie Jadi Calon PM | Malaysia Top News
January 23, 2021

Jeffrey Kitingan Persoal Motif Dr M Cadang Shafie jadi Calon PM

Kuala Lumpur, MTN – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempersoalkan motif Dr Mahathir Mohamad mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang membentuk kerajaan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berpendapat bahawa rancangan itu bukan sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin tetapi juga menyekat Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri jika pembangkang mengambil Putrajaya.

“Rakyat Sabah tidak harus diperdayakan dengan anggapan cadangan tersebut berasal dari pihak yang bagus. Dr Mahathir terdesak dan sedang cuba mempermainkan penduduk Sabah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Srikandi Besatu Sabah Azizah Mohd Dun mempersoalkan sama ada cadangan mencalonkan Ketua Menteri Sabah itu boleh dilakukan atau sekadar gurauan.

Advertisement

Semalam, Dr Mahathir membuat kejutan apabila mengumumkan pencalonan Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa semula manakala Anwar Timbalan Perdana Menteri I dan bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri II.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti komponen PH terbuka kepada sebarang cadangan mengenai calon perdana menteri tetapi perkara itu akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden PH.

PN terdiri daripada Bersatu dengan Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi dan presiden, Barisan Nasional (BN) dipimpin UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti kecil termasuk STAR. [Bernama]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •