PUTRAJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan isu membabitkan pelajar kelahiran Sabah, Veveonah Mosibin dibincangkan Jemaah Menteri hari ini.
Menurutnya, Kabinet juga mengetahui kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri tidak betul dan tidak wajar.
Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Kabinet bersetuju bahawa isu adalah capaian internet dan kemudahan asas lain terutama di pedalaman.
“Jemaah Menteri bincang isu #Veveonah. Kabinet ambil maklum kenyataan oleh dua Timbalan Menteri adalah tidak betul dan tidak wajar.
“Kabinet setuju isu sebenar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khusus di pedalaman,” katanya di Twitternya.
Jemaah Menteri pagi tadi telah bincang isu #Veveonah. Kabinet ambil maklum kenyataan dua Timbalan Menteri tidak betul & tidak wajar. Kabinet setuju isu sebanar adalah capaian internet & kemudahan asas lain khusus di pedalaman. Kerajaan akan usaha sebaik mungkin untuk perbaiki.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 9, 2020
Katanya, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki kekurangan berkenaan.
Sebelum ini, Veveonah menjadi perhatian apabila Zahidi mendakwa dalam sesi Dewan Rakyat bahawa rakaman video pelajar itu memanjat pokok untuk mendapatkan signal internet bagi menjalani peperiksaan dalam talian hanyalah gimik semata-mata.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar itu mengaku beliau tersilap, tetapi menegaskan maklumat itu diperoleh daripada Abdul Rahim yang juga wakil rakyat di kawasan Kudat.
Author Profile

Latest entries
Politik2023.03.21Nazri: Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi
National2023.03.21PKR cabar Hadi Awang PAS – Ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri
Kes2023.03.12Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam
Politik2023.03.12Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’