Khairy Jamaluddin jumpa Veveonah, minta maaf wakil pihak kerajaan

Khairy Jamaluddin jumpa Veveonah, minta maaf wakil pihak kerajaan
KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjumpa sendiri dengan Vevenoah Mosibin bagi meminta maaf bagi pihak kerajaan.
“Sempat bertemu Veveonah di UMS (Universiti Malaysia Sabah). Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,” katanya.
Kenyataan Khairy itu dikongsi dalam status rakannya, Ibdillah Ishak hari ini.
Selain itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu telah mencadangkan untuk Veveonah berkerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar.
Sebelum itu, beliau juga menegur kenyataan dua timbalan menteri kepada pelajar UMS berkenaan selepas ia tular di media sosial. [mg]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



