Jualan Kenderaan Di Malaysia Terus Melonjak | Malaysia News
February 23, 2024

Jualan Kenderaan di Malaysia Terus Melonjak

Jualan Kenderaan di Malaysia Terus Melonjak

Kuala Lumpur, MTN – Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi sektor automotif negara ini melonjak 153% kepada 44,275 unit pada bulan September lalu berbanding 17,500 unit pada bulan Ogos.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, peningkatan ini dipacu oleh pemulihan jualan disebabkan pembukaan ekonomi sepenuhnya.

Walaupun begitu, MAA berkata, kekurangan cip komputer telah mempengaruhi jualan barang-barang tertentu, selain jenama-jenama automotif tertentu menghadapi pembatalan tempahan kerana sentimen pengguna yang rendah.

Sementara itu, angka jualan bulan September menyaksikan penurunan 23% kepada 44,275 unit berbanding dengan 57,758 unit yang dijual pada tempoh yang sama tahun lalu.

Untuk sembilan bulan pertama tahun ini, hanya sebanyak 318,874 unit kenderaan dijual, susut 25,145 unit atau 7,3% daripada 344,019 unit pada tempoh yang sama tahun lalu.

MAA yang mengulas prospek jualan bulan ini menjangkakan ia lebih baik kerana operasi perniagaan sudah dibuka semula dan syarikat-syarikat automotif meningkatkan pengeluaran dan penghantaran bagi tempahan kenderaan masing-masing.

Persatuan ini telah menurun unjuran jualan kenderaan pada tahun ini kepada 500,000 unit berbanding 570,000 pada jangkaan awal.

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply