Kabinet PN, Shahrir Samad: Lima Ahli Parlimen Mengisytiharkan Sokongan Ke Dr M | Malaysia News

Kabinet PN, Shahrir Samad: Lima Ahli Parlimen Mengisytiharkan Sokongan ke Dr M

Kabinet PN, Shahrir Samad: Lima Ahli Parlimen Mengisytiharkan Sokongan ke Dr M

Kuala Lumpur, MTN – Pemimpin Umno tidak berpuas hati dengan lantikan jawatan kabinet kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Veteran Umno, Shahrir Samad berkata bahawa sesuatu yang menjolok mata adalah apabila lima daripada enam ahli parlimen yang mengisytiharkan sokongan terbuka terhadap kepimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menganggotai kerajaan baru Muhyiddin.

“Mereka yang enam kesemuanya itu telah bertindak tanpa merujuk kepada parti. Pengisytiharaan sokongan mereka dilakukan di sidang media di parlimen dan sebelum PRK Tanjung Piai. Sehinggakan mereka berenam dilarang untuk berkempen,” katanya.

“Bukan sahaja keanggotaan jemaah menteri dari kalangan ahli-ahli parlimen Umno ini tidak mencerminkan semangat en bloc yang terbina di atas kemenangan PRK Tanjung Piai dan semangat perpaduan Perhimpunan Agong Umno selepas PRK itu,” tambahnya.

“Tapi juga portfolio yang dipegang mereka macam tidak dirundingkan dan seolah terserah sahaja kepada budi-bicara PM yang naik di atas sokongan BN dan PAS,” katanya.

Walau bagaimanapun, kata Shahrir walau apa pun keresahannya, kerajaan baru ini pun “baru sangat lagi.”

“Lebih baik, tunggu dan lihat dulu. Kerajaan baru ini kerajaan Muhyiddin,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply