Pemilihan Bersatu, Dr Mahathir ‘Yakin Diri’ Menang Atas Muhyiddin
Pemilihan Bersatu, Dr Mahathir ‘Yakin Diri’ Menang Atas Muhyiddin
Kuala Lumpur, MTN – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Bersatu sebagai medan terbaik kepada anggotanya untuk memilih antara beliau dan presiden Muhyiddin Yassin.
Mahathir mengaku Bersatu berpecah dua, namun menegaskan ia berlaku dalam semua parti, lapor Sinar Harian.
“Tidak lama lagi ada pemilihan Bersatu, mungkin dia akan bertanding dan saya juga akan tanding.
“Kita tengoklah siapa menang tetapi kerajaan tidak akan jatuh.
“Orang yang menyebelahi dia pegang jawatan. Kerajaan tidak jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tidak lagi jadi pemimpin Bersatu,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara di Putrajaya, kelmarin.
Sebanyak 189 bahagian Bersatu dijangka mengundi kepimpinan peringkat nasional yang baru bulan depan.
Pertembungan mereka kelihatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu membentuk gabungan baru politik dan menjadi perdana menteri, sedangkan Mahathir mahu membentuk kerajaan tanpa parti.
Muhyiddin juga cuba menguasai Bersatu dengan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi Bersatu yang mengabaikan kedudukan rasmi Mahathir sebagai pengerusi.
Sebulan lalu, Bersatu membayangkan tiga jawatan tertinggi parti, iaitu pengerusi, presiden, dan timbalan presiden, yang dipegang oleh Mukhriz Mahathir, tidak akan dipertandingkan.
Tetapi kelihatan perkembangan mutakhir menunjukkan aturan ini telah berubah.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri