Kebodohan Atau Karma Tuhan | Malaysia News
September 20, 2024

Kebodohan Atau Karma Tuhan

Kebodohan Atau Karma Tuhan

Kuala Lumpur, MTN – Sejak 9 Mac 2020 hingga sekarang, tak putus-putus peristiwa yang memalukan Muhyiddin dan Kerajaan PN Tebuk Atapnya. Macam ada yang tak kena dengan kerajaan ini. Badi ini akan menghantui Muhyiddin kecuali kalau dia mandi bunga atau melakukan sesuatu terhadap menterinya yang telah memalukannya selepas COVID19 berlaku.

_Adham dan KKM_

Kasihan Adham bila terpilih sebagai menteri pertama menunjukkan kebodohan. Mula-mula di TV1 nampak macam hero, tapi menjadi zero bila dia kata Air Suam boleh membunuh Covid19. Keesokan harinya KKM sendiri menafikan teori menterinya sendiri.

Adham hilang sebentar dari radar. Kemunculannya semula makin mempamerkan kebodohannya dengan mengaku “semua saya yang buat” dan video conference dengan 500 buah negara, mungkin termasuk negara Gohed Gostan seperti yang dikata P Ramlee. Apakah ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Rina dan KPWKM_

Si Rina memalukan Muhyiddin dan Azmin melalui infografik dan video pendek yang mengandungi tips pengurusan suami dan rumah tangga kepada kaum wanita yang terpaksa bekerja dari rumah. Tips itu telah memakan dirinya dan kerajaannya sendiri bila diperlekehkan rakyat sehingga Rina dikenali sebagai Menteri Doraemon.

Begitu juga dengan timbalannya yang sibuk dengan pakaian pramugari sedang negara sibuk dengan Covid19. Rakyat juga keliru bila Zalila mencampur-adukkan kerajaan dengan politik dalam video pendeknya. Ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Zuraidah dan KPKT_

Lempirnya terbawa-bawa sampai ke PN Tebuk Atap. Tak cukup membazir wang buat kerja sia-sia mensanitasi jalanraya, dia pulak memakai pakaian PPE dengan penutup muka berlabelkan MENTERI di dahi. Pablisiti Murahan!

Tambah berlagak dengan sombong menjawab bila ditegur oleh seorang doktor spesialis terkenal. Sangat memalukan! Tak tahulah apakah ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Noraini dan KPT_

Mula-mula suruh mahasiswa balik kampong. Bila mahasiswa berpusu-pusu di stesen bas, mereka disuruh pulang ke asrama. U-turn menampakkan tiada koodinasi dalam kerajaan.

Baru sahaja reda, Menteri ini pula cadangkan kepada pelajar untuk isi masa dengan berTikTok yang Pejabat Mufti Wilayah telah ’haramkan’nya. Malu sungguh Muhyiddin. Apakah ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Tuan Ibrahim dan MEWA_

Banyak netizen kata dia tempah maut terima jadi menteri yang bukan bidangnya. Belum apa-apa dia dah nak tunjuk pandai nak buat research Covid-19 di pembentongan najis. Teringatlah dulu-dulu bila Presidennya kata sesiapa yang bergabung dengan Umno seolah-olah dia masuk ke dalam tong najis.

Berkenaan pembalakan di Kelantan, dia mendakwa telah diiktiraf Sijil ISO yang telah lama dibatalkan. Ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Khairuddin dan KPPK_

Ini satu-satunya menteri yang bubuh Dr pada tag namanya. Tun Dr Mahathir dan Dr WanAzizah tak buat, Doktor Nor Hisham pun tak buat. Dulu dia kutuk macam nak rak bila Teresa nak memperkenalkan tanaman buluh sebagai pendapatan tambahan kepada peladang tempatan.

Bukan dia sorang je. Banyak lagi lebai Pas tulis di fb mengutuk Teresa seolah-olah lebai-lebai ni expert dalam semua hal. Tak cukup itu, Zalila yang sekarang timbalan menteri bangkitkan di parlimen.

Sekarang mereka terpaksa jilat ludah kahak mereka kembali bila Khairuddin mengumumkan tanaman buluh yang sama kepada peladang. Sangat-sangat memalukan Muhyiddin. Apakah ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Azmin dan MITI_

Sedang sibuk dengan PKP3, MITI meluluskan permintaan Heineken untuk beroperasi setelah netizen mempersoalkan surat kelulusan KSU KPDNHEP yang viral. Bila ditanya pemberita, Timbalan Menteri KPDNHEP menyatakan surat itu hanya untuk edaran arak dari kilang ke pemborong dan peruncit. Operasi Kilang di bawah kelulusan MITI. Takkan Kerajaan luluskan pengedaran sahaja. Apa yang nak diedarkan kalau arak belum diproses dan dibotolkan?

Tak cukup dengan itu, Azmin mengumumkan pembukaan semula kedai gunting rambut. Pemilik-pemilik gunting rambut menolak tidak mahu beroperasi semasa PKP. Keputusan yang dibuat tanpa perbincangan dengan persatuan operator gunting rambut? Bila dihimpit, Pembantu Azmin menjawab gunting rambut itu perlu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini satu kebodohan atau Karma Tuhan?

_Dia buat Peraturan, Dia Yang mengingkari_

Banyak insiden fumble dan U-Turn yang memalukan. Bila langgar perintah PKP, rakyat biasa langsung dihukum dengan penjara dan denda. Tapi bila Timbalan Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan ADUN PN langgar dengan gambar termpampang di medsos, macam-macam helah diberikan. Pemimpin Umno seperti Khaled Nordin dan Zambri sindir sinis. Bung Mukhtar pula kata ‘Bangang’. Kesian Muhyiddin dimalukan terus. Netizens menamakan insiden Peraturan PKP itu sebagai ‘Peraturan Antara Dua Darjat’.

Kalau diamat-amati, apakah yang telah berlaku menonjolkan satu KEBODOHAN atau semua itu adalah KARMA TUHAN atas pengkhianatan yang telah dilakukan ataupun kedua-duanya sekali?
_______________________________________________________________________

@RaheemArshavin

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply