Kementerian Kesihatan: Anak Baru Lahir Positif Covid-19
Kementerian Kesihatan: Anak Baru Lahir Positif Covid-19
Kuala Lumpur, MTN – Kementerian Kesihatan merekodkan satu kes ibu hamil yang diuji positif Covid-19, sebelum kemudian bayinya juga dijangkiti virus itu dua minggu selepas bersalin.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya belum dapat memastikan sama ada jangkitan itu berlaku semasa kehamilan atau sebaliknya.
“Mengenai soalan tentang ibu hamil itu (yang diuji positif Covid-19), kami mempunyai kes di mana bayi yang baru lahir diuji positif 18 hari selepas bersalin,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
“Kami belum pasti (mengenai bagaimana jangkitan itu terjadi),” jelasnya, ketika ditanya jika bayi itu dijangkiti Covid-19 sewaktu tempoh pranatal.
Menurut Noor Hisham, tidak ada sebarang komplikasi berlaku semasa proses kelahiran walaupun ibu itu positif virus Covid-19.
Beliau tidak memberikan butiran terperinci mengenai tarikh dan tempat kes itu direkodkan.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri