Kerajaan PN, Kadir Jasin: ‘Umno Buli Muhyiddin’
Kerajaan PN, Kadir Jasin: ‘Umno Buli Muhyiddin’
Kuala Lumpur, MTN – Tokoh wartawan A Kadir Jasin berkata bahawa pada masa ini Umno sedang membuli Muhyiddin Yassin. Ini terungkap ketika meninjau surat yang dikatakan disampaikan oleh Ahmad Zahid Hamidi kepada perdana menteri.
“Lihatlah macam mana Muhyiddin dilayan oleh Umno. Atau lebih tepat dibuli. Ini surat presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sendiri,” katanya pada suatu hantaran di media sosial.
“Mula-mula bagi salam dan panjangkan doa. Lepas itu buat cadangan dan akhir sekali gugurkan bom,” tambahnya.
Berdasarkan sepucuk surat ditandatangani presiden Umno, parti itu misalnya menuntut agar Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, dijadikan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.
Seorang pemimpin Umno yang enggan didedahkan identitinya mengesahkan kesahihan surat bertajuk “Cadangan dan tuntuan Umno Sabah” tersebut.
Dalam surat sama, Ahmad Zahid turut meminta agar Anggota Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin, dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan, manakala bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, dicadang agar dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah.
Rebut jawatan, kebulur
Turut disenaraikan dalam tuntutan berkneaan ialah Timbalan Ketua Umno Sabah merangkang ahli majlis tertinggi parti itu, Yakubah Khan, supaya dilantik menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.
Kadir pada hari ini turut menjelaskan Muhyiddin kini berhadapan dengan berbagai-bagai tuntutan daripada parti komponen PN, khususnya mengenai pembahagian jawatan dalam kerajaan.
“Ini tuntutan yang kita tahu. Yang kita tidak tahu entah macam mana.
“PAS lagi teruk. Mula-mula seorang Menteri PAS (Takiyuddin Hassan) umum kata MP Perikatan Nasional yang belum ada jawatan akan dilantik ke GLC.
“Belum apa-apa seorang lagi Menteri PAS (Khairuddin Aman Razali) dah lantik member dia ke Lembaga Getah Malaysia,” dakwa bekas penasihat kepada perdana menteri ketujuh Dr Mahathir Mohamad itu.
Beliau juga menyoal jika ini cara PN mentadbir negara dengan membuang “golongan profesional dan berebut jawatan kosong macam orang kebuluran.”
“Tak malu kah parti Bersatu tengok presiden dibuli oleh Umno dan PAS secara terbuka?” Soal Kadir.
Pengesahan rasmi daripada Umno berhubung surat berkenaan, manakala salah seorang Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii menafikan kesahihan surat tersebut.
Sementara itu, Exco Armada Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menempelak Zahid, menggesa supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Muhyiddin kerana menjadi “hak prerogatif perdana menteri” untuk membuat lantikan.
“Zahid dan seluruh kepimpinan Umno perlu sedar begitu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Bersatu, terutamanya kepimpinan parti, khususnya Muhyiddin Yassin yang menyusun barisan eksekutif dan pimpinan di agensi serta GLC apabila ramainya adalah dari kepimpinan Umno. Maka jangan tamak!
“Maka sifat gila kuasa seakan Umno sahaja yang layak adalah suatu perlakuan yang tidak mencerminkan keharmonian dalam gabungan dan ini tidak seharusnya ditonjolkan dalam keadaan wabak yang sedang melanda,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Menurut Ashraf lagi, pimpinan Sabah dari Bersatu seperti Hajiji Noor, Masidi Manjun dan Mohd Arifin Mohd Arif dilihat lebih layak dan mempunyai kredebiliti daripada nama-nama yang dicadangkan oleh pihak Umno.
“Umno diminta jangan merumitkan lagi keadaan. Juga buat Muhyiddin Yassin, pohon jangan tunduk pada tuntutan Umno,” tegas pemimpin Pemuda Bersatu itu.[MK]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri