Teresa: PM Muhyiddin Takut Berdepan Pembangkang
Teresa: PM Muhyiddin Takut Berdepan Pembangkang
Kuala Lumpur, MTN – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata bahawa anggota Parlimen pembangkang terkejut apabila menerima e-mel dari setiausaha Dewan Rakyat yang memberi notis persidangan parlimen pertama hanya akan diadakan selama sehari.
Persidangan itu yang pada awalnya dirancang pada 9 Mac kemudian ditangguhkan sehingga 18 Mei, akan diadakan hanya sehari kerana pelaksaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memerangi penyebaran Covid-19, yang setakat ini mencatat 86 kematian.
“Ini sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sudah lama wujud.
“Kerajaan Perikatan Nasional tidak memiliki asas yang sah untuk mengehadkan sesi parlimen hanya satu hari kerana walaupun terdapat perintah kawalan berikutan pandemik Covid-19, akhir-akhir ini kita melihat banyak negara demokrasi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengadakan sesi parlimen biasa.
E-mel yang dihantar oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat mengatakan tidak akan ada “sesi soal jawab lisan, soalan bertulis, usul dan persidangan khas” dalam satu hari persidangan itu.
“Sebab yang disebut dalam surat dari Parlimen tidak munasabah dan tidak masuk akal,” kata Kok.
Beliau berkata kerajaan PN tanpa rasa malu dan terang-terangan menunjukkan penghinaan terbuka terhadap peranan dan fungsi parlimen.
“Kerajaan sedang berusaha menghalang dan melemahkan peranan Parlimen yang sah dan konsep pemisahan kuasa, dalam menghalang perbahasan mengenai pakej rangsangan.
“Kerajaan secara terang-terangan berusaha meranapkan melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM 250 bilion (bersamaan dengan anggaran bajet setahun Malaysia), melalui “pintu belakang”, tanpa meminta persetujuan yang sewajarnya dari parlimen,” tambahnya.[MK]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri