Kerajaan Putuskan PKP Dilanjut Sehingga 28 April
Kerajaan Putuskan PKP Dilanjut Sehingga 28 April
Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan memutuskan untuk menyambung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu lagi iaitu sehingga 28 April 2020.
Keputusan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas di sini, hari ini.
“Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.
“Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas- petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat,” katanya.
Menurut Muhyiddin, keputusan itu juga selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.
Katanya, sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.
“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.
“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus,” katanya.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri