Kerajaan Tubuh Jawatan Kuasa Tangani Isu Sensitif dan Perkauman

Kerajaan Tubuh Jawatan Kuasa Tangani Isu Sensitif dan Perkauman
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) bagi menangani dan mengendurkan ketegangan berkaitan isu sensitif dan perkauman di peringkat nasional.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata jawatankuasa itu berperanan sebagai forum rasmi bagi mengenal pasti isu dan polemik yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.
“… (Jawatankuasa ini) meningkatkan sinergi agensi yang terlibat dalam menangani isu perpaduan secara bersepadu.
“JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi, antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkenaan usaha kerajaan bagi menangani isu-isu sensitif perkauman dan keagamaan yang kian meluas pada masa kini.
Jawatankuasa itu adalah hasil usaha Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara.
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun