Kes Najib, Pemuda Umno Johor: Umno Dan Ahli Jangan Diheret Sama | Malaysia News

Kes Najib, Pemuda Umno Johor: Umno dan Ahli Jangan Diheret Sama

Kes Najib, Pemuda Umno Johor: Umno dan Ahli Jangan Diheret Sama

Kuala Lumpur, MTN – Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Sah menggesa pemimpin politik supaya tidak mengheret kes bekas perdana menteri Najib Razak dengan Umno.

Menurutnya, perkara paling mustahak buat masa ini adalah rakyat perlu bangkit melawan rejim Pakatan Harapan (PH).

“Formula yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) menerusi kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sudah pun terbukti membuahkan hasil dengan cemerlang.

“Kemenangan bergaya (dalam PRK) juga bukti kerjasama antara BN dan PAS di bawah MN semakin diterima oleh rakyat. Harus diingat jangan pula apabila sudah duduk di kerusi kerajaan, kita lupa semuanya detik manis.

“Isu membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak, parti keramat orang Melayu ini dan ahli jangan diheret sama. Rakyat perlu bangkit melawan rejim Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya hanya menjanjikan bulan dan bintang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Najib yang juga bekas presiden Umno dijatuh hukuman 72 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan RM42 juta.

Susulan keputusan mahkamah tinggi itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman bahawa Umno tidak akan menyertai gabungan Perikatan Nasional secara rasmi sebaliknya memberi fokus kepada piagam MN.

Beliau menjelaskan ahli parlimen parti itu hanya akan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga piliha raya umum akan datang.

Sementara itu, Hairi juga mengingatkan suara akar umbi sangat penting dalam mengambil sebarang keputusan.

“Perlu diingat juga bahawa, Umno dan PAS hanya menyelamatkan kerajaan yang runtuh sendiri. Tanpa Umno dan PAS, tiadalah kerajaan yang terbentuk pada hari ini.

“Jika mahu dimeterai sesuatu perjanjian haruslah dibawa usul ke Perhimpuan Agung Umno (PAU), seperti juga Dewan Perhimpunan Muktamar PAS. Suara akar umbi adalah suara keramat. Jangan sesekali membelakangi atau menafikan suara akar umbi.

“Menjadi satu tanggungjawab dan sewajarnya muafakat antara Umno dan PAS ini terus diperkukuh bagi berdepan cabaran getir pada PRU-15 akan datang,” katanya lagi.[mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply