Khaled Nordin: Ajak Rakyat Kritik Kerajaan, Pembangkang Wajar Dibidas: | Malaysia News
September 19, 2024

Khaled Nordin: Ajak Rakyat Kritik Kerajaan, Pembangkang Wajar Dibidas:

Khaled Nordin: Ajak Rakyat Kritik Kerajaan, Pembangkang Wajar Dibidas:

Kuala Lumpur, MTN – Sebarang usaha Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat yang mengajak rakyat untuk menghasilkan video pendek untuk mengkritik kerajaan perlu dibidas oleh semua.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan itu adalah anti-akal dan mengecewakan.

Ini kerana, beliau percaya, tiada siapa yang boleh menyangkal bahawa kerajaan telah melaksanakan tindakan terbaik dalam membendung penularan virus Covid-19.

Tegasnya, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, usaha Malaysia memang ada keberkesanannya.

Malah, usaha-usaha tersebut mungkin lebih baik dari negara-negara lain.

”Oleh itu, usaha PH dan Suara Keadilan ada lah satu tindakan yang anti-akal dan sangat mengecewakan dan sewajarnya patut dibidas oleh kita semua,” katanya.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply